Jumaat, 28 Disember 2012

Chili Trinidad 7 Pot

Pokok cili ini saya jumpa dekat pasar tani dan disebabkan buah nya yang unik menyebabkan saya tertarik untuk membelinya. Mengikut makcik yang menjualnya, ia dipanggil Cili Hantu. Saya telah membuat carian di internet dan beberapa info dari rakan Facebook yang mengatakan ianya cili paling pedas di dunia yang dikenali sebagai Trinidad 7 Pot.



Saya masih mencari sumber2 lain atau pakar2 cili bagi mengesahkan ianya adalah Trinidad 7 Pot.

Dalam pada itu saya juga telah mencuba untuk membiak cili ini melalui keratan batang dengan menggunakan bahagian batang yang lembut. Ianya masih terlalu awal utuk mengatakan yang cubaan ini berjaya kerana ia masih lagi belum mengeluarkan pucuk baru.

Keratan pertama, mengunakan tanah biasa sebagai medium. Keratan ini sudah berusia dua minggu dan anak pokok masih kelihatan segar walaupun masih belum mengeluarkan pucuk baru. Anak pokok masih dibalut dengan plastic bagi mengekal kelembapan dan mengelaknya ia nya kekeringan.

Keratan kedua yang berusia 1 minggu dan menggunakan medium peat moss. Anak pokok kelihatan segar dan masih dibaluti ngan plastic. Kesemua keratan di letakkan di tempat redup dan sebelah malam dipasang lampu floresent bagi membantu proses fotosintesis.

Saya akan mengemaskini info keratan, sama ada berjaya atau tidak.

1 ulasan: