Pokok Belalai Gajah atau nama scientific Clinacanthus nutans (Burm. F.) Lindau adalah pokok yang cukup istimewa. Pokok ini dikatakan boleh mengubati penyakit kanser, jika tidak pun mengurangkan kesakitan akibat kanser. Beberapa testimoni dari mereka yang pernah mencubanya cukup menakjubkan. Ada antara mereka sembuh sepenuhnya dengan izin Allah.
Rupa pokok ini seakan-akan pokok hempedu bumi (snake grass) tetapi mempunyai rasa yang berbeza. Pokok hempedu bumi rasa nya pahit dan berbunga putih manakala pokok belalai gajah ranya tawar dan berbunga merah.
Pokok ini amat senang membiak melalui keratan batang dan sesuai/boleh hidup di tempat yang berair. Pokok ini mempunyai batang yang lembut dan memerlukan sokongan untuk tumbuh tinggi.
Kebiasaannya daun belalai gajah (20~50 helai) dikisar(blend) bersama epal hijau dan diminum sebelum sarapan pagi dan waktu malam. Bagi menyedap rasa, boleh diperah setengah biji lemon sebelum dikisar bersama. Ianya boleh diminum semasa menerima rawatan moden (kimoterapi/radioterapi/pembedahan). Boleh dianggap ianya sebagai tambahan kepada rawatan atau ubatan moden.
Bagi sesiapa yang berminat boleh hubungi saya, kerana saya sentiasa ada stock yang sudah ditanam dalam polibag.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan