Isnin, 28 Januari 2013

Pokok Mulberry (Morus alba L)


Pokok mulberry lebih dikenali sebagai bahan makanan utama bagi ulat sutera. Ianya tumbuhan bebatang keras dan boleh tumbuh tinggi sehingga melebihi 5 meter. Biasanya dahan pokok mulberry akan dipotong setiap 2 atu 3 bulan bagi menghasilkan buah. Pucuk atau ranting baru yang tumbuh akan menghasilkan buah.

Buah yang keluar dari pucuk/ranting yang baru tumbuh dari tempat yang dipotong.

Buah mulberry muda berwarna hijau atau merah dan berwarna hitam sepenuhnya apabila masak. Buah yang muda rasanya masam dan apabila masak sepenuhnya rasanya manis. 

Buah mulberry yang hampir masak.

Pokok mulberry amat mudah tumbuh dari keratan batang dan mempunyai kadar tumbesaran yang amat cepat sekiranya mendapat sinar matahari dan air yang cukup.

Selain buah, pucuk yang muda boleh dijadikan sayuran untuk dimasak, contohnya sayur lemak. Daunnya mempunyai pelbagai khasiat perubatan seperti berikut:
1. Penawar penyakit kencing manis.
2. Mengurangkan tekanan darah tinggi.
3. Mengurangkan kolestrol.
4. Membantu mengurangkan asma.
5. Meredakan batuk dan sakit tekak.
6. Mengurankan kesakitan dan membantu perjalanan haid.
7. Memperbanyakan susu ibu.
8. Mengurangkan risiko penyakit kanser (anti-oksidan). Dan banyak lagi..

Daun mulberry biasanya dikeringkan dan direbus. Airnya diminum sebagai ubat bagi penyakit2 di atas. Air rebusan dari daun yang telah kering tahan lebih lama berbanding air rebusan dari daun segar. Daun yang telah dikeringkan juga boleh disimpan dalam bekas bertutup untuk dijadikan air rebusan dilain hari.


Selasa, 22 Januari 2013

Pokok Sambung Nyawa (Gynura sarmentosa DC, Calacia procumbens Lour.)

Pokok Sambung Nyawa juga dikenali dengan nama lain seperti Daun Dewa, Leaves of the God, Googoolipid, Mallucan Spinach, Am Akar, Akar Sembiak, Kelemai Merah, Beluntas Cina, Bai Bing Coa, Ngokilo, She Juan Jao dan Fujung Jao.

Pokok Sambung Nyawa memang mempunyai pelbagai khasiat sesuai dengan nama yang diberi. Ia merupakan tumbuhan renek yang berbatang lembut dan amat sesuai dijadikan tumbuhan hiasan di dalam pasu. Amat mudah membiak melalui keratan batang dan mempunyai kadar tumbesaran yang cepat. Ia memerlukan banyak air tetapi tidak bertakung, tanah yang sedikit berpasir yang mempunyai saliran baik amat sesuai untuk dijadikan medium tanaman ini.

Anak pokok dari keratan batang yang baru ditanam dari induk.

Daun Sambung Nyawa mempunyai khasiat dan kegunaan bagi mengurangkan kadar kolestrol, darah tinggi, kencing manis, masalah buah pinggang, sembelit dan kanser. Ia juga boleh mengurangkan pening dan sakit kepala, sembelit dan sakit kerongkong.

Daun Sambung Nyawa boleh dijadikan ulam atau dimakan begitu saja. Ia boleh dijadikan amalan harian dengan memakan 1 atau 2 helai daunnya setiap hari.

Ahad, 20 Januari 2013

Pokok Belalai Gajah (Clinacanthus nutans (Burm. F.) Lindau)

Pokok Belalai Gajah atau nama scientific Clinacanthus nutans (Burm. F.) Lindau adalah pokok yang cukup istimewa. Pokok ini dikatakan boleh mengubati penyakit kanser, jika tidak pun mengurangkan kesakitan akibat kanser. Beberapa testimoni dari mereka yang pernah mencubanya cukup menakjubkan. Ada antara mereka sembuh sepenuhnya dengan izin Allah.

Rupa pokok ini seakan-akan pokok hempedu bumi (snake grass) tetapi mempunyai rasa yang berbeza. Pokok hempedu bumi rasa nya pahit dan berbunga putih manakala pokok belalai gajah ranya tawar dan berbunga merah.

Pokok ini amat senang membiak melalui keratan batang dan sesuai/boleh hidup di tempat yang berair. Pokok ini mempunyai batang yang lembut dan memerlukan sokongan untuk tumbuh tinggi.

Kebiasaannya daun belalai gajah (20~50 helai) dikisar(blend) bersama epal hijau dan diminum sebelum sarapan pagi dan waktu malam. Bagi menyedap rasa, boleh diperah setengah biji lemon sebelum dikisar bersama. Ianya boleh diminum semasa menerima rawatan moden (kimoterapi/radioterapi/pembedahan). Boleh dianggap ianya sebagai tambahan kepada rawatan atau ubatan moden.

Bagi sesiapa yang berminat boleh hubungi saya, kerana saya sentiasa ada stock yang sudah ditanam dalam polibag.